Kuantan, 28 Oktober 2022 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 27 dan 28 Oktober 2022 ke projek pembangunan FELDA di Wilayah Kuantan, Pahang. Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan dan prestasi kemajuan pembinaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12).
 
Beliau telah dibawa melawat projek bekalan air FELDA (Kolam dan Muka Sauk) di FELDA Chini, Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Chini 3, pembinaan Dewan Semai Bakti dan Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Ternakan Arnab di FELDA Chini Timur 1.
 
Pada hari kedua lawatan, YBhg. Dato’ Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM turut bersama dalam sesi lawatan tersebut. Beliau telah dibawa melawat kerja menaiktaraf Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan, Sekolah Agama Rakyat Bukit Kuantan di FELDA Bukit Kuantan dan seterusnya ke projek PPP Ternakan Ayam Kampung kacuk di FELDA Bukit Goh.
 
Turut bersama-sama sesi lawatan ialah pegawai- pegawai daripada FELDA, FIC IPM dan BKSF, JPM.
 
 
 
Skip to content