Putrajaya, 14 Disember 2022-Kelab Kebajikan Silaturahim Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri julung-julung kalinya telah menganjurkan Majlis Makan Malam bertemakan ‘Denim Dan White’ bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Program telah dimulakan dengan Majlis Makan Malam dan Sambutan Kelahiran ahli kelab bagi bulan Oktober, November dan Disember. Dalam majlis yang sama turut meraikan persaraan Puan Noreshah bt Saiddin yang telah berkhidmat sejak 1998.
Penganjuran Majlis Makan Malam BKSF 2022 ini untuk menjalinkan ukhuwah kekeluargaan dan silaturahim di kalangan ahli kelab BKSF serta menzahirkan penghargaan kepada semua ahli kelab yang telah bekerja keras dalam menjayakan semua aktiviti BKSF, JPM sepanjang tahun 2022. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti cabutan nombor bertuah, pertandingan karaoke dan juga pakaian terbaik.
Turut diraikan YB Puan Salina Shamsuddin, ADUN Behrang yang juga merupakan bekas pegawai BKSF,JPM. Majlis juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian serta pengurusan tertinggi BKSF, JPM.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua barisan AJK, urusetia dan sahabat Kelab Silaturahim BKSF yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan lancar.