Johor, 17 Disember 2022 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah bersama – sama dalam Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf dan Penyelengaraan Asrama Semai Bakti FELDA di Jalan Serama, Johor Bahru yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sollehudin Alyubi Zakaria, Timbalan Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM.
Kerja-kerja menaiktaraf dilakukan bagi menambah kapasiti pelajar sebelum ini yang hanya dapat menampung 200 pelajar kepada 300 pelajar pada masa akan datang dengan peruntukan sebanyak RM14.6juta. Selain itu kemudahan lain seperti surau, perpustakaan dan rumah warden turut dibina bagi memberi keselesaan dan manfaat kepada pelajar. Projek ini dijangka siap pada Disember 2023.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM, Encik Mohd Ridzuan Mohd Noor, Pengarah Jabatan Pengurusan Aset FELDA, Encik Nik Hasrul Mohd Zainuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Komuniti Generasi FELDA dan TS. Mohd Fadzil Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif FIC.