Alor Setar, 21 Disember 2022 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 20 dan 21 Disember 2022 ke projek pembangunan FELDA di Wilayah Alor Setar (Kedah dan Perlis). Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan dan prestasi kemajuan pembinaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12).
Beliau telah dibawa melawat projek sistem bekalan air FELDA di Felda Mata Ayer, Projek Perumahan Warga FELDA (PWF) di Felda Chuping, pembinaan dan menaiktaraf bangunan Kompleks Komuniti di Felda Laka Selatan dan Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Ternakan Ayam di Felda Rimba Mas dan Kambing di Felda Guar Napai.
Turut bersama-sama sesi lawatan ialah pegawai- pegawai daripada FELDA, FIC IPM dan BKSF, JPM.