Taklimat Perancangan BKSF, JPM Tahun 2023 dan Ikrar Bebas Rasuah

Taklimat Perancangan BKSF, JPM Tahun 2023 dan Ikrar Bebas Rasuah
Putrajaya, 31 Januari 2023- Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Taklimat Perancangan BKSF, JPM Tahun 2023 dan Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Dewan Serbaguna Setia Perdana 1.
 
Dalam majlis tersebut seramai 70 kakitangan Bahagian Kawal Selia FELDA melafazkan ikrar bebas rasuah. Lafaz ikrar berkenaan diketuai sendiri oleh YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM. Usai selesai bacaan ikrar, Dato’ SUB menandatangani ikrar tersebut disaksikan oleh YBhg YBhg. Timbalan Pesuruhjaya Datuk Razim Bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dalam majlis yang sama turut disediakan booth pemeriksaan kesihatan dan Sesi Temu Psikologi secara percuma dari Seksyen Psikologi dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW, Jabatan Perdana Menteri.
 
Hadir sama adalah Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Jamil bin Mohamad Dahlan, Ketua Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri
Skip to content