LAWATAN SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI (BKSF, JPM) KE PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN PENEROKA (PPP) DI FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI, JOHOR
Kota Tinggi, 9 Februari 2023 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Sayur Fertigasi (cili centil) di FELDA Semenchu, Kota Tinggi, Johor.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat keberhasilan projek yang diusahakan oleh peserta PPP. Projek ini bermula pada bulan Julai 2020 melibatkan 150 orang peserta.
Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Encik Mohd Aswat Othman, Pengurus Rancangan FELDA Semenchu, pegawai BKSF, JPM dan FELDA.