Alor Gajah, 21 Februari 2023 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan lawatan ke Projek Pembangunan FELDA di Wilayah Segamat.

Lawatan ini bertujuan melihat kemajuan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Beliau telah dibawa melawat Tapak Projek Bekalan Air FELDA Negeri Melaka di FELDA Tun Ghafar Machap dan Projek Menaiktaraf Jalan Kampung, Sistem Perparitan dan Saliran di FELDA Tun Ghafar Menggong. Seterusnya, lawatan ke Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Ternakan Kambing di FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh.

Turut bersama-sama sesi lawatan ialah Encik Amyrul Hanafi Ahmad Halim, Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Segamat, Encik Shamsul Amri Mohd Yusof, Pengurus Projek FIC, IPM Johor dan Encik Amenurdin Ahmad, Penyelaras PPP Wilayah Segamat.

 

Skip to content