Kerteh, 9 Mac 2023 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM dan rombongan telah membuat lawatan kerja ke Program Pembangunan Peneroka (PPP) Projek Ternakan Lebah Kelulut di Felda Kerteh 5 yang diusahakan oleh Encik Hasnan Abd Ghani. Beliau meneruskan lawatan kerja ke Projek PPP: Projek Burung Walit di Felda Kerteh 1 yang diusahakan oleh Koperasi FELDA Kerteh 1.
Beliau turut dibawa melawat Projek PPP- Ayam Pedaging di Kerteh 4 yang diusahakan oleh Koperasi FELDA Kerteh 4. Lawatan projek ini bertujuan untuk melihat keberhasilan projek yang diusahakan oleh peserta PPP.
Turut bersama- sama dalam sesi lawatan ialah Encik Wan Zamry Wan Yusuf, Pengarah Wilayah FELDA Terengganu, Encik Hasbullah bin Mohamad Ketua Peneroka Felda Wilayah Terengganu serta Pegawai FICIPM.
Skip to content