Lahad Datu, 19 Mac 2023- YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha(Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek ke Kota Kinabalu serta Lahad Datu, Sabah. Dalam lawatan yang sama beliau telah merasmikan Projek Siap- Loji Rawatan Air Anjung Teduh yang bertempat di FELDA Sahabat.
Projek Loji Rawatan Air tersebut berkapasiti 12MLD dapat memberi manfaat kepada 3 buah kampung berdekatan yang merangkumi lebih 10,000 penduduk setempat.
 
Turut bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM, Encik Ridzuan bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Aset FELDA, Encik Shahrudin Ab. Rahman, Pengarah Wilayah FELDA Sahabat, YBhg Ts. Mohd Fadzil bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif FICIPM, serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan JPM, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM), FELDA dan FIC IPM.
Skip to content