Putrajaya, 24 Mei 2023- Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Kursus Pengenalan dan Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Latihan dan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertempat di Bilik Serbaguna 2, Aras 3, Bangunan Setia Perdana 1 yang melibatkan seramai 45 orang peserta.
Kursus ini telah disampaikan oleh tiga orang penceramah iaitu Encik Ahmad Bachtiar bin BaharudinKetua Penolong Setiausaha (K) Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran, KKDW, Puan Izyani binti Abdul Rahim Timbalan Pengurus Besar Yayasan FELDA dan Encik Mohamad Rizam bin Hussin, Pengurus KananBahagian Latihan dan Pendidikan Yayasan FELDA. Kursus ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Mohd Banuri bin Aris Pengurus Besar Yayasan FELDA.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pegawai BKSF berhubung hala tuju pelaksanaan TVET oleh Kementerian yang bertanggungjawab.Selain itu, pegawai BKSF juga dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan khususnya dalam menyediakan sebarang ulasan dan syor yang berkaitan dengan Generasi Baharu.