Putrajaya, 13 September 2023-Seksyen Koordinasi Komuniti Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Penerangan Isu-Isu Felda Siri 2 bertempat di Bilik Serbaguna 1,Setia Perdana 1.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri dan di bahagikan kepada 3 sesi yang disertai kira-kira 33 orang peserta.
Dalam sesi 1 ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Salmah binti Sathiman, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menerangkan Peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam membantu sosioekonomi usahawan luar bandar.
Dalam sesi ke – 2 pula disampaikan oleh YBhg. Dr. Noriman bin Rojulai, Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Beliau telah berkongsi maklumat berkaitan fungsi Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan program yag ditawarkan.
Manakala dalam sesi ke- 3 disampaikan oleh Puan Nurul Nasuha binti Abdullah, KPSU, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang menerangkan berkaitan Program Keusahawanan yang ditawarkan oleh KKDW kepada usahawan luar bandar.