Putrajaya, 17 Ogos 2023 – Seksyen Koordinasi Komuniti , Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Penerangan Isu-Isu FELDA Siri 1 di Bilik Serbaguna 1, Aras 3,Setia Perdana, Kompleks Setia Perdana. Bengkel dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan & Koordinasi Komuniti).
Sesi satu (1) disampaikan oleh YBrs. Puan Hasnah binti Mohammad Isa, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Peneroka dan Generasi FELDA dengan ceramah bertajuk ‘Peranan dan cabaran FELDA dalam konteks Pembangunan sosial belia di tanah rancangan FELDA.
 
Sesi dua (2) bertajuk ‘ Isu penyalahgunaan dadah di kalangan belia tanah rancangan FELDA’ oleh YBrs. Encik Mahadzir bin Elias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). AADK bertindak sebagai peneraju dalam menangani isu permasalahan penagihan dadah dan substan di Malaysia. AADK melaksanakan program pencegahan melalui model i-cegah, meliputi pelaksanaan aktiviti pendidikan pencegahan dengan pembabitan secara umum, selektif dan fokus yang menyasarkan keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti untuk mendekati golongan muda.
 
Sesi terakhir telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Annita bin Mohd Hedzir, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Program dan Keluarga, Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN yang bertajuk ‘ Fungsi dan peranan LPPKN dalam menangani masalah sosial belia kawasan luar bandar’. Antara punca dikenal pasti isu sosial dalam kalangan belia adalah seperti kelemahan sistem kekeluargaan, pengaruh media, sistem pendidikan, daya tahan yang rendah, pengaruh rakan sebaya dan ekonomi. LPPKN telah memperkenalkan kempen KASIH Keluarga (kasih sayang, akhlak, sihat& selamat, ilmu, harmoni) untuk mengimarahkan kembali penerapan nilai-nilai murni dalam institusi keluarga selain sebagai usaha menangani masalah kesihatan mental di peringkat komuniti. Bagi program pembangunan remaja adalah seperti program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) dengan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sekolah khas seperi Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri serta Sekolah Berasrama Penuh, Pusat Remaja KafeTeen dan Kempen Digital dan Media ‘Jangan malu ambil tahu dan Jangan Malu Bagi Tahu’.
 
Semoga segala perkongsian maklumat yang telah disampikan dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dijadikan panduan dalam menyampaikan kepada orang awam.
 
Skip to content