Putrajaya, 17 November 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Kursus Kelestarian Pemantapan Perladangan FELDA dalam konsep Malaysia Madani yang disertai kira-kira 40 orang pegawai dari BKSF.
 
Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pertama telah disampaikan oleh Encik Borhan bin Bachir dan Puan Nurul Hasanah binti Ahmed Hashimalim dari FGV Holding Berhad yang bertajuk Cabaran dan Kelestarian Perladangan. Pada sesi kedua disampaikan oleh Encik Arif bin Bakar dari FGV Holding Berhad yang bertajuk Peranan FGV dalam konteks Keterjaminan Makanan Negara dan sesi ketiga oleh Dato’ Ismail Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan tajuk Pemahaman Konsep ‘Malaysia Madani’ kepada penjawat awam.
Skip to content