Putrajaya, 7 Februari 2024- Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) yang disampaikan oleh Encik Huzaini bin Hussain, Pengarah Jabatan Undang-Undang FELDA.
Tujuan Kursus ini diadakan agar para peserta mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam Akta 474 yang merupakan Akta tubuh FELDA serta cabaran dan isu-isu berbangkit berkaitan Akta ini.
Para peserta terdiri daripada BKSF, Pejabat Penasihat Undang-Undang JPM, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik JPM dan agensi-agensi di bawah JPM. Turut hadir bersama adalah Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar dan Pengurusan) BKSF, JPM.