KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TIMBALAN PENGARAH BESAR PEMBANGUNAN KOMUNITI FELDA
Kuala, Lumpur, 9 Februari 2024 – Kunjungan hormat YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri ke atas YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA yang baru di lantik pada 1 Februari 2024, pagi ini di Menara FELDA.
Kunjungan hormat ini bertujuan membina kerjasama strategik dan bertukar pandangan antara BKSF dan FELDA khususnya Hal Ehwal Pembangunan Komuniti.