Putrajaya, 26 April 2024- YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM telah menerima kunjungan hormat daripada Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal bin Sulaiman, Presiden MBFM yang baharu bagi sesi 2024-2026.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MBFM serta berkongsi mengenai
hala tuju MBFM serta jalinan strategik demi kebaikan semua pihak.
 
Hadir sama adalah pengurusan tertinggi daripada BKSF, JPM dan Encik Zaid bin Sidek, Ketua Peneroka FELDA Wilayah Kuantan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content