Kursus Kemajuan Pelan Pemulihan FELDA
 
Putrajaya, 4 Julai 2024 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah menganjurkan Kursus Kemajuan Pelan Pemulihan FELDA selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Julai 2024 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri bertempat di Hotel The Everly, Putrajaya.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman selain peluang kepada Pegawai BKSF, JPM untuk berdiskusi berdasarkan pengalaman penceramah berhubung aspek pelaksanaan pelan pemulihan FELDA.
 
Di samping itu juga, kursus ini adalah merupakan platform kepada pegawai untuk meningkatkan kompetensi agar dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan selaras ketetapan Kerajaan.
Kursus ini telah melibatkan 40 orang pegawai manakala barisan penceramah adalah Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar dan Pengurusan), BKSF JPM serta pegawai tertinggi FELDA iaitu:
 
1. En. Mahadzir bin Mustafa, Timbalan Pengarah Besar (Servis Korporat)
2. En. Rahman bin Ahmad, Pengarah Jabatan Perladangan
3. En. Ridzuan bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pengurusan Aset,
4. Puan Nor Azira binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kewangan
5.En. Syed Fadil bin Syed Sofi, Pengarah Jabatan Pelaburan Strategik
6. En. Azlan bin Zunaidak, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Penternakan
7. En. Mohd Helmi Fakhzan bin Abd Wahab, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi
 
 
     
 
 
 
 
 
 
 
 
     
 
 
Skip to content