BENGKEL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: PENYELARASAN FUNGSI BAHAGIAN DAN SEMAKAN PENCAPAIAN PELAN STRATEGIK BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI 2023-2025
 
Port Dickson, 9 November 2024- Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sumber Manusia : Penyelarasan Fungsi Bahagian dan Semakan Pencapaian Pelan Strategik Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri 2023-2025 selama 3 hari bermula 7 hingga 9 November 2024 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson.
 
Seramai 72 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pegawai berkenaan 10 fungsi utama BKSF selaras dengan hasrat Kerajaan. Bengkel juga diadakan bagi tujuan menyemak dan menyelaras fungsi setiap seksyen/ unit disamping mengukuhkan sinergi kerja kefungsian berdasarkan Pelan Strategik BKSF 2023-2025.
 
Bengkel ini telah dimulakan dengan overview fungsi BKSF yang disampaikan oleh YBrs. Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian ( Dasar dan Pengurusan) dan YBrs. Encik Mohd Zulkarnain bin Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti). Bengkel diakhiri dengan rumusan dan amanat oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, (JPM, BKSF) mengenai hala tuju dan sasaran kerja BKSF 2025 sekaligus merasmikan majlis penutup bengkel.
 
Hadir sama adalah YBhg. Datuk Hishamuddin bin Mohd Sujak, Penyelaras Seranta FELDA.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
(Komuniti).
Skip to content