KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (PENJAWAT AWAM) BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI
 
Ulu Sepri, 29 November 2024 -Seramai 50 orang pegawai dari Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah menghadiri Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) pada 27 hingga 29 November 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
 
Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Hazli bin Hamzah, Ketua Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, AKM.
Selama 3 hari 2 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.
 
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria,Setiausaha Bahagian,BKSF,JPM. Beliau berharap kerjasama bersama Akademi Kenegaraan Malaysia akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content