Putrajaya, 11 Disember 2024 – Kelab Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi BKSF (K-SURF), Bahagian Kawal Selia FELDA telah melaksanakan Dinner K-SURF 2024 bertempat di Bizmilla Ariz Hall, Shaftsbury, Putrajaya. Majlis makan malam ini adalah merupakan acara tahunan K-SURF untuk meraikan dan menghargai ahli-ahli kelab diluar dari waktu tugasan.
Majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli dan merapatkan jurang yang mungkin ada ketika menjalankan tugasan hakiki masing-masing. Selain itu, dalam majlis ini juga turut disampaikan sumbangan kepada ahli-ahli yang berhadapan dengan ujian bencana dan kesihatan.
 
Hadir sama dalam majlis ini adalah Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) merangkap Penaung K-SURF, Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar dan Pengurusan), BKSF, JPM merangkap Penasihat K-SURF, Encik Noorazmie bin Hussain, Pengerusi K-SURF bersama Ahli Jawatankuasa K-SURF dan ahli-ahli K-SURF yang diraikan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content