Jempol, 7 Oktober 2022 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembangunan FELDA di Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan dan kemajuan pembinaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysian Kedua Belas (RMKe12).
 
Beliau telah dibawa melawat untuk melihat kerja – kerja pembinaan Kompleks Komuniti Lui Selatan 01, Dewan Semai Bakti di FELDA Raja Alias 3, Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ( PGBF) di FELDA Palong 8 dan projek sistem bekalan air di FELDA Palong 2.
 
Selain itu beliau turut dibawa ke tapak projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) bagi tanaman sayuran hidroponik dan lebah kelulut.
 
Turut bersama-sama sesi lawatan ialah Encik Mohd Helmi Fakhzan Abd. Wahab, Pengarah Wilayah FELDA Raja Alias, Encik Afif Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias, pegawai FIC IPM dan pegawai- pegawai daripada BKSF, JPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content