Putrajaya, 11 Oktober 2022 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyampaikan amanat kepada seluruh pegawai-pegawai dan kakitangan BKSF, JPM pagi ini.Beliau telah dilantik mengetuai BKSF, JPM bermula 23 September 2022.
YBhg. SUB menyatakan harapan untuk melihat BKSF sentiasa kekal relevan dan mempunyai pesona, bersiap siaga dengan tugasan yang diminta dan menjadi sebuah Bahagian yang mempunyai nilai yang penting kepada Kerajaan.
Turut hadir Puan Che Suhaini Che Abas, Timbalan Setiausaha (Dasar& Pengurusan ) dan Encik Mohd Khalil Zaiyany Sumiran, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) BKSF, JPM.