Putrajaya, 12 Oktober 2022 – Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Bengkel Program Pembangunan Peneroka (PPP) dan Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA (LGF) bertempat Bilik Serbaguna, Setia Perdana 1.

Bengkel yang berlangsung sehari ini dihadiri pegawai dari BKSF, JPM bagi memberi pemahaman berkaitan Program Pembangunan Peneroka dan Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA yang sedang dalam pelaksanaan oleh FELDA.

Sesi pertama bertajuk Lot Generasi FELDA (LGF) telah disampaikan oleh Encik Mohd Izazulhisam Mat Husin, Penolong Pengarah Jabatan Aset FELDA, sesi kedua bertajuk Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) disampaikan oleh Encik Mohd Azri Mohd Zin, Penolong Pengarah Jabatan Aset FELDA dan sesi ketiga bertajuk Manfaat dan Cabaran Program Pembangunan Peneroka (PPP) kepada warga FELDA oleh Encik Hasrin Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan FELDA.

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberikan satu nilai tambah kepada warga BKSF untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan lebih cemerlang dan efisen kepada jabatan dan juga kepada FELDA secara amnya.

Turut bersama dalam bengkel tersebut adalah YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Puan Che Suhaini Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar)dan Encik Khalil Zaiyany Sumiran, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan)BKSF, JPM.

 

Skip to content