Alor Gajah, 14 Oktober 2022 – Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian telah menghadiri taklimat dan lawatan kerja di FELDA Wilayah Segamat (Melaka) bagi meninjau projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12). Lawatan tersebut bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.
Beliau telah dibawa untuk melihat kerja – kerja pembinaan Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di FELDA Tun Ghafar Machap, Projek Naik Taraf Jalan Kampung dan Sistem Perparitan di FELDA Tun Ghafar Menggong dan FELDA Tun Ghafar Hutan Percha.
Selain itu, beliau turut dibawa ke tapak projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) ternakan ayam dan ternakan arnab di FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh.
Turut hadir Encik Amyrul Hanafi A. Halim, Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Segamat, pegawai FIC IPM dan pegawai- pegawai daripada BKSF, JPM.
 
 
Skip to content