Ajil, 21 Oktober 2022 -Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut bersama dalam Program Keluarga Malaysia -Titian Kasih Cakna Komuniti peringkat FELDA Wilayah Terengganu anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) dan FELDA yang telah dihadiri kira-kira 300 orang peserta.
Hadir sama adalah Encik Wan Zamri bin Wan Yusof, Pengarah Felda Wilayah Terengganu, Encik Hasbullah bin Mohamad, Ketua Peneroka Gabungan FELDA Wilayah Terengganu serta pegawai-pegawai dari FELDA dan BKSF, JPM.