Senai, 10 Februari 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik BKSF, JPM 2023-2025 di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor bermula 8 hingga 10 Februari 2023.
Bengkel dihadiri oleh 27 orang pegawai yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM.
Pelan strategik ini akan menjadi rujukan dalam memandu dan melaksana rangka kerja strategik yang tersusun ke arah hala tuju jabatan yang ditetapkan dalam tempoh 3 tahun.
Pengisian bengkel disampaikan oleh Puan Norhanizatuazwin Samsuni, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cik Zarina Ibrahim , Ketua Penolong Pengarah, Cik Juliana Sambai Anak Sibat, Penolong Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 1, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).