Kota Tinggi, 10 Februari 2023 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan lawatan ke Projek Pembangunan FELDA di Wilayah Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan melihat kemajuan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Beliau telah dibawa melawat Projek Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Agama di FELDA Bukit Ramun dan seterusnya ke projek Pembinaan muka sauk serta kerja-kerja berkaitan di FELDA Linggiu. Beliau turut membuat lawatan ke Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Lebah Kelulut.
Turut bersama-sama sesi lawatan ialah Encik Khalip Hashim, Ketua FIC, IPM Wilayah Johor Bahru dan Encik Azaharuddin Azamat, Penyelia Ladang FELDA Linggiu merangkap Penyelaras PPP.









