Lahad Datu, 26 Februari 2023 – Lawatan Kerja ke Projek Pembangunan FELDA di Wilayah Sahabat, Sabah diadakan selama 2 hari bermula 26 hingga 27 Februari 2023. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM).
Lawatan bertujuan memantau kemajuan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Wilayah Sahabat yang terletak di daerah Lahad Datu (Gugusan Sahabat) dan Tawau (Gugusan Umas), Sabah.
Pada hari pertama, lawatan telah diadakan di FELDA Gugusan Sahabat. YBhg. Dato’ Azlan Johar dan rombongan telah dibawa melawat ke tapak Projek Loji Rawatan Air A di Kg. Anjung Teduh, (FELDA Sahabat). Turut dilawati, projek Pendalaman Kolam Fajar Harapan di FELDA Sahabat 22 (Kg. Fajar Harapan) dan projek Program Pembangunan Peneroka (PPP), Ternakan Lembu Integrasi di FELDA Sahabat 9 (Kg. Baiduri Ayu).
Turut bersama- sama dalam sesi lawatan ialah Encik Hatta Said, Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, pegawai FELDA dan BKSF.