Kemaman, 9 Mac 2023 – YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Dewan Semai Bakti FELDA Kerteh 4. Pembinaan dewan tersebut telah memberi kemudahan kepada warga FELDA terutamanya di FELDA Kerteh 4.
 
Dalam lawatan yang sama, beliau turut dibawa melawat Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Kerteh 5. Turut mengiringi beliau adalah YBhg Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, Encik Wan Zamry bin Wan Yusuf, Pengarah Wilayah FELDA Terengganu, Encik Hasbullah bin Mohamad, Ketua Peneroka FELDA Wilayah Terengganu serta Pegawai dari FELDA dan FICIPM.
 
Skip to content