Papar, 18 Mac 2023 – YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri turut bersama dalam Majlis Perasmian Program Kampung Siaga 221 Peringkat Negeri Sabah bertempat di Sekolah Kebangsaan Kaiduan, Papar yang dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).
Kampung Siaga 221 adalah merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Inisiatif ini adalah usaha untuk memperkukuhkan fungsi dan peranan APM sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
 
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi sebarang ancaman kecemasan, bencana dan musuh. Program ini sedang digerakkan secara rintis secara berperingkat dengan memberikan fokus kepada kawasan-kawasan terdedah risiko bencana dan kecemasan (hotspot) yang dikenal pasti.
 
Hadir sama adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM,YAS KPj. (PA) Tuan Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Banuri bin Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA.
Skip to content