Lahad Datu, 19 Mac 2023- YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha(Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri telah melawat ke Program Pembangunan Peneroka (PPP) bagi Projek Ternakan Lembu Integrasi bertempat di Felda Sahabat 2.
Projek yang dilaksanakan secara komuniti melalui pengurusan koperasi ini disertai oleh 871 peserta bermula pada 1 Mei 2021.
Turut bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM, Encik Ridzuan bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Aset FELDA, Encik Shahrudin Ab. Rahman, Pengarah Wilayah FELDA Sahabat, YBhg Ts. Mohd Fadzil bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif FICIPM, serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan JPM, Kementerian Ekonomi, Unit Pelaksanaan (ICU, JPM), FELDA dan FIC IPM.
.