Sungkai, 5 Oktober 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Projek Bersepadu Pengurusan Nilai (Value Management -VM) bagi mendapatkan input berkaitan pengurusan nilai agar lebih cekap dari segi pengurusan projek FELDA.
Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan nilai projek pembangunan FELDA. Disamping membolehkan perancangan perbelanjaan peruntukan pembangunan yang efisien dan memastikan fungsi serta kualiti projek tercapai.
Penceramah bengkel ini adalah YBrs. Ir. Ts. Hajah Rashihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Nilai Kementerian Ekonomi.
Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai BKSF, JPM dan FELDA.