Putrajaya, 23 Oktober 2023- Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi BKSF (K-SURF) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023 peringkat Jabatan.
Majlis telah dimulai dengan bacaan maulid dan qasidah yang dipimpin oleh Ustaz Nor Fitri dari Kumpulan Ahbabul Habib dan diteruskan dengan Tazkirah Agama oleh Ustaz Nor Azian bin Man, Penceramah Bebas.
 
Rasulullah S. A. W adalah contoh kepada kehidupan sebenar seorang muslim. Pada sambutan pada kali ini marilah kita bersama-sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah S. A. W boleh memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaiki diri bagi menyahut cabaran di dunia agar menjadi umah yang terbaik.
 
 
Skip to content