Bentong, 27 Oktober 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah menganjurkan Kursus Pewarisan: Pemilikan dan Pentadbiran Harta Pusaka Tanah GSA pada 25 hingga 27 Oktober 2023 bertempat di Colmar Tropicale Bentong, Pahang yang dihadiri oleh para pegawai BKSF, JPM. Kursus Pewarisan ini telah dirasmikan oleh Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) mewakili YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM.
Kursus ini diadakan bagi meningkat pengetahuan dan pemahaman tentang konsep, kaedah dan prosedur berkaitan pemilikan serta pentadbiran harta pusaka di bawah Akta 530. Semoga kursus ini dapat membantu para pegawai menjalankan tugas dan fungsi BKSF,JPM sebagai penerang dasar Kerajaan, pemudah cara, semak dan imbang perkara berkaitan FELDA bagi menjaga segala kepentingan Kerajaan dan warga FELDA.
Penceramah kursus ini terdiri daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Antara pengisian Kursus Pewarisan ini ialah :
SLOT 1: Pengenalan Akta 530: Pemilikan dan Sekatan Tanah GSA di Bawah Akta 530 oleh: YBrs. Encik Azrulrizal bin Awang, Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, JKPTG.
SLOT 2: Peranan dan Prosedur FELDA Dalam Pengurusan Pemilikan Tanah GSA dan Harta Pusaka Peneroka serta Isu dan Cabaran FELDA dalam Mengurus Kes Pewarisan Peneroka oleh: YBrs. Dr. Mohd Syaiful bin Hassan, Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah, FELDA.
SLOT 3: Pembahagian Harta Mengikut Syariah Islam dan Undang-Undang bagi Bukan Islam oleh: Yang Amat Arif Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie, JKSM, Negeri Sembilan.
SLOT 4: Pembahagian Harta (Tanah GSA) Mengikut Perspektif Syariah Islam dan Kes-kes di Mahkamah Syariah Melibatkan Tanah GSA oleh: Yang Amat Arif Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie, JKSM, Negeri Sembilan.
SLOT 5: Pengurusan Harta Pusaka bagi Tanah GSA; dan
SLOT 6: Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Secara Dalam Talian oleh : YBrs. Encik Baharudin bin Aziz , Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka, JKPTG.