BENGKEL PERCAMBAHAN MINDA MADANI MAHASISWA PERMUAFAKATAN SISWA/SISWI FELDA
 
Port Dickson, 29 Oktober 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, FELDA, Yayasan FELDA dan Majlis Perundingan Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) Kebangsaan telah menganjurkan Bengkel Percambahan Minda MADANI Mahasiswa Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA bermula 27 hingga 29 Oktober 2023. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan menyemai ilmu dan kemahiran insani dan persediaan untuk mengharungi cabaran serta menyuburkan nilai-nilai murni sahsiah dalam membina peradaban negara berteraskan konsep Malaysia MADANI. YBrs. Saudara Muhammad Hafizul Aizad bin Zahari daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membaca ikrar PERSADA Malaysia MADANI.
Penceramah bengkel ini terdiri daripada Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), FELDA, Yayasan FELDA dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Seramai 200 orang kepimpinan mahasiswa bersama penasihat dan pengiring daripada 20 universiti awam dan satu universiti swasta dari seluruh negara menyertai bengkel ilmu ini.
 
Majlis penutup dirasmikan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang @ Semail Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT mewakili YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah, JPT. Turut hadir ialah YBrs. Encik Izham bin Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar (Operasi) FELDA, YBrs. Encik Nizam bin Joha, Presiden Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA).
Antara pengisian bengkel ini ialah :
Sesi Percambahan Minda 1:
Membangun Malaysia MADANI Dalam Konteks Generasi FELDA
Penceramah : Encik Muhammad Razi bin Ayub
Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU)
Sesi Percambahan Minda 2 :
Kelestarian dan Kemandirian FELDA ke Arah Membangun Malaysia MADANI
Penceramah: YBhg. Dato’ Hj. Mohd Banuri bin Aris
Pengurus Besar Yayasan FELDA
Sesi Percambahan Minda 3:
Latihan Dalam Kumpulan
Sesi Percambahan Minda 4:
Dialog : Hala Tuju Genarasi Baharu FELDA ke Arah Membangun Malaysia MADANI
 
Panel:
1. YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akim,
Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri
2. YBrs. Prof. Madya Dr. Hairy bin Ibrahim
Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI
3. YBrs. Encik Izham bin Mustaffa
Timbalan Pengarah Besar (Operasi)
 
Skip to content