KOTA KINABALU, 30 Oktober 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF), Jabatan Perdana Menteri bilangan 5 Tahun 2023 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bilik Mesyuarat Kinabalu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Mesyuarat ini bertujuan memantau status terkini pelaksanaan projek-projek FELDA dalam memastikan setiap projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA; YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, JPM; YBrs. Ir. Ts. Dr. Hajah Siti Fairus binti Hj. Zakaria, Pengarah Bahagian Bangunan dan Infrastruktur, Jabatan Pengairan dan Saliran; Encik Mahadzir bin Mustafa, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan Encik Mohamed Nadzir bin Haji Azizi, Ketua Pegawai Eksekutif FIC, IPM.