Port Dickson, 25 November 2023 – Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Sumber Manusia:Pemurnian MyPortfolio bermula 23 hingga 25 November 2023 yang dihadiri 70 orang warga BKSF. Bengkel telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri .
Slot pertama bengkel telah dimulai dengan Bicara Intergriti disampaikan oleh Puan Zarina binti Mohd Amin, Timbalan Ketua Seksyen, Seksyen Advokasi dan Latihan, Institut Intergriti Malaysia (IIM).
Bengkel diteruskan dengan Overview MyPortfolio yang disampaikan oleh Puan Nur Izatul Izyan binti Ahmad Sanusi, Penolong Setiausaha, Unit Pematuhan dan Pemantauan Pentadbiran Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri.
Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan dan melancarkan lagi Pemurnian MyPortfolio BKSF, JPM.
Skip to content