Putrajaya, 29 November 2023 – Pre-council Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Setia Perdana 5.
Tujuan pre-council diadakan bagi membincangkan perancangan awal mengenai status kemajuan fizikal & kewangan projek pembangunan FELDA di bawah RMKe-12 dan RMKe-11 termasuk projek khas sempena Mesyuarat JPPPF pada 6 Disember 2023 (Rabu) yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan(TKSUK) JPM.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian (SUB) BKSF. Seramai 30 orang ahli mesyuarat yang dihadiri daripada wakil Jabatan Pengairan Saliran (JPS), FELDA, FIC IPM dan pegawai Seksyen Pembangunan, BKSF.
Skip to content