Simpang Pertang, 11 Januari 2024 – YBhg. Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA , Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah menghadiri mesyuarat dan lawatan kerja ke projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di Felda Pasoh 2. Mesyuarat dan lawatan ini bertujuan melihat perkembangan dan kemajuan pembinaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysian Kedua Belas (RMKe12) di Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan.
Beliau telah dibawa melawat untuk melihat kerja – kerja pembinaan 70 unit rumah Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ( PGBF) di Felda Pasoh 2. Turut bersama-sama sesi lawatan ialah Encik Mohd Helmi Fakhzan Abd. Wahab, Pengarah Wilayah FELDA Raja Alias dan Encik Mohamed Nadzir Haji Azizi, Ketua Pegawai Eksekutif FIC IPM, pegawai FIC IPM dan pegawai- pegawai daripada BKSF, JPM.