MESYUARAT PENYERAGAMAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH PEGANGAN LUAR BANDAR DI KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK (GSA)
Putrajaya, 22 Januari 2024 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Mesyuarat Penyeragaman Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Pegangan Luar Bandar di Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) bersama pihak JPM, JKPTG dan FELDA.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu tanah GSA dan cadangan penyeragaman pengurusan dan pentadbiran tanah pegangan luar bandar di kawasan GSA bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan terutama melibatkan perkara yang tidak mempunyai dasar yang jelas termasuk syor tindakan bersifat quick win.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM dan turut dihadiri oleh Penasihat Undang-Undang JPM, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan JPM, wakil Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik JPM, Pengarah Jabatan Pengurusan dan Perundangan Tanah JKPTG, Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG, wakil daripada Bahagian Dasar dan Konsultasi JKPTG, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA.