Putrajaya, 23 Januari 2024 – YBhg Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM telah menyampaikan Amanat BKSF Tahun 2024 kepada warga BKSF, JPM.
Dalam ucapan beliau berharap agar semua warga BKSF dapat mewujudkan aura kerja yang positif ditempat kerja serta mengekalkan hubungan yang baik berterusan. Ini sekaligus meningkatkan produktiviti kerja dalam membentuk organisasi yang cemerlang.
Beliau turut memperkenalkan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan yang akan bermula bulan Januari. Pengiktirafan ini sekaligus meningkatkan potensi diri dan kemampuan warga BKSF, JPM.