Putrajaya, 27 Februari 2024 – YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Permohonan Projek Pembangunan FELDA Bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
 
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk penyelarasan permohonan projek pembangunan FELDA bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Turut hadir adalah YBhg Datuk Jazmanie bin Shafawi Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM, Encik Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian, BKSF JPM, YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW, Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana, KKDW, Pegawai-pegawai JPM dan KKDW.
 
 
 
 
 
Skip to content