Putrajaya, 24 April 2024, Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Tanah FELDA dan Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) Bersama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) BIL. 1/2024 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan awal mengenai cadangan pindaan Akta 530 dan pelaksanaan sebahagian daripada terma / butiran perjanjian skim FELDA bersama Pihak Berkuasa Negeri (PBN); membincangkan isu-isu Tanah Rancangan FELDA dan GSA serta cadangan tindakan penyelesaian dan intervensi; dan menyelaras tindakan susulan dalam menangani dan menyelesaikan isu-isu berbangkit secara tindakan quick wins, jangkamasa sederhana dan panjang (pindaan Akta GSA).
Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil daripada JPM, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Pejabat Pentadbir Tanah Galian (PTG) Negeri (kecuali Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Turut hadir adalah YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM dan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content