Sesi ‘Bedah Buku’
Raja Muhammad Alias – The Architect of FELDA
29 April 2024 – Seksyen Koordinasi Komuniti, BKSF, JPM telah mengadakan sesi ‘Bedah Buku’ yang bertajuk Raja Muhammad Alias The Architect of FELDA dan telah dihadiri YBhg. Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian dan warga BKSF, JPM.
“Raja Muhammad Alias : Arkitek FELDA” adalah kisah inspirasi seorang penjawat awam, Raja Alias yang mengukir nama sebagai tokoh yang menerajui agensi FELDA selama tiga dekad. Bersama pasukan pentadbiran yang cekap, beliau berjaya mengubah FELDA daripada hanya sebuah agensi pembangunan tanah kepada konglomerat raksasa yang beroperasi sehingga ke luar negara dalam usaha untuk melindungi peneroka dan menambah hasil pendapatan mereka.
Dalam 22 tahun beliau bertugas sebagai Pengerusi FELDA, beliau banyak menggunakan penglibatannya dengan sektor swasta untuk kepentingan FELDA. Fokus beliau hanya kepada peneroka. Raja Alias berani mengharungi segala kesusahan demi memenuhi visi pemimpin yang mahu membasmi kemiskinan dan mengubah kehidupan mereka yang telah lama hidup menderita.
Beliau berjaya memupuk budaya kerja yang berlandaskan disiplin tinggi dan intergriti, tidak kira di mana beliau bertugas. Pada beliau, ganjarannya yang paling besar ialah kejayaan yang dinikmati FELDA. Pencapaiannya yang paling penting ialah membawa nama FELDA menjadi kebanggaan negara dan seterusnya jenama masyhur di dunia yang berjaya membuat perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Semoga perkongsian ilmu memberi manfaat kepada semua warga BKSF, JPM dan mengambil semangat kerja yang telah dibuktikan sehingga banyak melahirkan kejayaan FELDA.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content