LAWATAN KERJA PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DI WILAYAH TROLAK
 
Trolak, 13 Jun 2024 – YBhg. Encik Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) bersama pegawai -pegawai dari Seksyen Pembangunan telah mengadakan lawatan kerja pada 12 -13 Jun 2024 bagi memantau prestasi semasa projek-projek pembangunan di Felda Wilayah Trolak.
Antara projek yang dilawati adalah Program Pembangunan Peneroka (PPP) Tanaman Rock Melon dan Bekalan Air FELDA Seluruh Negara (BAFSN) iaitu Loji Rawatan Air di Felda Sungai Tengi. Manakala lawatan di Felda Besout adalah Program Pembangunan Peneroka (PPP) Tanaman Nenas dan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).
Turut hadir sama Encik Shahariman Dollah Hashim, Pengarah Felda Wilayah Trolak, Encik Nadzir Azizi, Ketua Pegawai Eksekutif FIC IPM serta para pegawai BKSF dan FIC IPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content