Skip to content
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ
 
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada enam orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 daripada Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri yang diraikan dalam Majlis Apresiasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Semoga penghargaan dan pengiktirafan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada semua warga Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan, berkualiti dan berintegriti.
Tahniah dan syabas!