SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH BAGI PINDAAN AKTA TANAH (KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) 1960 [AKTA 530]
Bangi, 26 Jun 2024 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan kerjasama Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pemegang Taruh bagi Pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.
SLU ini bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pemegang taruh bagi tujuan semakan semula dan pindaan Akta 530 agar selari dengan keperluan semasa. Peserta yang hadir merupakan wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, BKSF, JPM, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Pengarah-Pengarah FELDA Wilayah, Pengurus-Pengurus Rancangan FELDA, FELCRA Berhad, Ahli Akademik dan NGO FELDA.
SLU ini merupakan kick-off bagi siri SLU yang akan diadakan mengikut Zon. YBhg. Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA merasmikan SLU ini dan ucapan penutup disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Banuri bin Aris, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA. Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar dan Pengurusan) turut hadir mewakili BKSF, JPM.