KURSUS PENGENALAN KANUN TANAH NEGARA DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKTA 530
 
Putrajaya,16 Julai 2024 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Kursus Pengenalan Kanun Tanah Negara dan Hubungannya dengan Akta 530 bertempat di Bilik Persidangan Dinamik, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Objektif Kursus ini agar para peserta dapat memahami hubung kait antara undang-undang tanah melibatkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530]. Input Kursus ini dapat membantu dalam membuat sesuatu dasar dan keputusan penting agar selari dengan peruntukan dan falsafah undang-undang yang berkuat kuasa khususnya melibatkan perundangan tanah.
Pengisian Kursus ini disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Nawawi bin Ismail, Penasihat Undang-Undang JPM selaku penceramah. Para peserta terdiri daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang JPM, Bahagian Pembangunan JPM, Jabatan Pengurusan Tanah (JPT) FELDA, Jabatan Pengurusan Aset FELDA dan BKSF, JPM. Turut hadir bersama Kursus ini adalah Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar dan Pengurusan) BKSF, JPM dan Puan Mastura binti Abdul Manap, Pengarah JPT FELDA.
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content