LAWATAN KERJA PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DI WILAYAH ALOR SETAR
Alor Setar, 23 Julai 2024 – YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF,JPM bersama pegawai -pegawai dari Seksyen Pembangunan telah mengadakan lawatan kerja bagi memantau prestasi semasa projek-projek pembangunan di FELDA Wilayah Alor Setar.
Antara projek yang dilawati adalah Projek Sentuhan Kasih di FELDA Laka Selatan, Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Negeri Perlis di FELDA Mata Air dan Projek Membina Dewan Semai Bakti di FELDA Bukit Tembaga.
Dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Dato’ SUB melihat sendiri perkembangan kerja-kerja dan menyatakan kepada kontraktor yang terlibat agar memastikan projek siap seperti dijadualkan.
Turut hadir sama Encik Nadzir Azizi, Ketua Pegawai Eksekutif FIC IPM serta para pegawai BKSF dan FIC IPM.