Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF)Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2/2024
 
Putrajaya, 2 Ogos 2024 – Mesyuarat JPPPF JPM Bil. 2/2024 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi pelaksanaan dan kemajuan projek projek FELDA dibawah Rancangan Malaysian Kedua Belas (RMKe12) serta prestasi kewangan agar dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Jasmanie Shafawi, Setiausaha Bahagian, Pembangunan JPM, Encik Mohd Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian,(Pembangunan)BKSF, JPM, Encik Mahadzir bin Mustafa Timbalan Pengarah Besar FELDA serta Pegawai daripada MOF, ICU, FELDA,FIC IPM dan BKSF,JPM.
 
 
 
 
 
Skip to content